Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Demo di Kota Raya, Ali Tinju ditahan polis
Diterbitkan:  Dec 22, 2015 12:13 AM
Dikemaskini: Dec 22, 2015 7:39 AM

Polis menahan Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju ekoran demontrasi yang diadakan untuk memboikot peniaga di Kompleks Kota Raya Jumaat lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superitendan Habibi Majinji, Ali ditahan di IPD berkenaan kira-kira jam 7 malam, lapor New Straits Times.

Habibi berkata satu laporan polis dibuat terhadap Ali yang mengetuai demonstrasi di pusat membeli-belah itu Jumaat lepas.

Pergaduhan kecil berlaku antara sekumpulan individu yang tidak berpuas hati dengan peniaga berkenaan hingga menimbulkan kebimbangan berulangnya kejadian seperti berlaku di Plaza Low Yat Plaza Julai lalu.

Ali bagaimanapun menafikan penglibatan dalam pergaduhan itu.

Ali mengetuai tunjuk perasaan selepas ada pembeli mendakwa dikurung oleh seorang peniaga selama empat jam kerana enggan membeli beberapa telefon bimbit.

Pembeli itu mendakwa peniaga di kompleks itu meminta bayaran RM10,000 bagi empat telefon bimbit walaupun harga asalnya hanya RM800. Individu tersebut hanya dibebaskan selepas membayar RM5,000.

Tribunal pengguna berpihak kepada pembeli berkenaan dan mengarahkan peniaga terbabit memulangkan wang kepadanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS