Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pihak polis sedang mengemas kini kertas siasatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan kenyataannya yang mendakwa pemimpin Umno mengambil rasuah dalam BERSIH 4 pada Ogos lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya kini sedang berbincang dengan peguam negara dan sisatan dijangka selesai dalam masa terdekat.

"Kita sedang kemas kini kertas siasatan dan bincang dengan peguam negara.

“(Siasatan akan selesai) Tak berapa lama dah," kata Khalid dalam sidang media selepas merasmikan program Hari Hijau PDRM di PULAPOL Kuala Lumpur hari ini.

Polis sebelum ini menyoal siasat bekas perdana menteri itu berhubung kenyataan yang didakwa berbaur fitnah itu.

Polis mengambil keterangan Dr Mahathir di Bangunan Yayasan Bangunan Al-Bukhary awal November. Mahathir bagaimanapun memberitahu tidak menjawab soalan diajukan padanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS