GLOBAL Dalam usaha memperluas kawasan Internet tanpa wayar (wifi) tempat awam ibu kota Rusia, pihak berkuasa Moscow akan menempatkannya di lokasi baru yang tidak disangka-sangka – tanah perkuburan.
Dewan Bandaraya Moscow Khamis lalu berkata, perhidmatan wifi akan disediakan di tiga tanah perkuburan utama di kota itu mulai tahun depan, lapor Associated Press .
Pengarah syarikat persemadian milik negara itu Artyom Yekimov bagaimanapun tidak menyatakan lokasi tanah perkuburan itu.
Sebaliknya jelas Yekimov, langkah itu akan menarik lebih banyak pengunjung ke kubur bersejarah dan penduduk di bandar itu.
“Dengan menyambung Internet akan membantu pengunjung bersantai di tanah perkuburan,” Yekimov dilaporkan sebagai berkata.
Kira-kira 120 ribu orang dikebumikan di Moscow tiap tahun, dan sebilangan kecilnya dibakar.