Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kenapa tak bagi aku berucap, ********* betul'
Diterbitkan:  Dec 11, 2015 7:28 PM
Dikemaskini: 11:31 AM

Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengakui “kemarahan membara” Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas disekat sepenuhnya daripada berucap dalam perhimpunan agung Umno.

Bagaimanapun, kata naib presiden Umno itu, perasaan itu telah pun reda.

“Keputusan semalam mungkin akan mencuit perasaan dan emosi pemimpin berkenaan tetapi hari ini saya tengok kemarahan yang membara malam semalam dah diredakan,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian dalam rakaman video yang dimuat naik ke saluran YouTube peribadinya semalam yang berjudul “Respons berkenaan berita Suara TV - Tidak boleh berucap, Muhyiddin mengamuk selepas Msyt MT”

Suara TV melaporkan Muhyiddin marah dengan keputusan ahli Majlis Tertinggi (MT) yang memutuskan hanya Datuk Seri Najib Razak akan menyampaikan ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung Umno 2015.

Memetik sumber, SuaraTV melaporkan, sejurus selepas mesyuarat khas pada Selasa Muhyiddin dikatakan menarik Hishamuddin ke tepi sebelum menjerit sambil mengeluarkan kata-kata kesat bagi meluahkan rasa tidak puas hati.

“Kenapa tak bagi aku berucap, ********* betul,” Muhyididn dilaporkan menjerit kepada Hishamuddin sebelum beredar.

Menurut sumber yang enggan mendedahkan identitinya, jeritan Muhyiddin itu dikatanya didengari beberapa MT lain yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS