ADS
Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin: Hanya pemimpin bersih wajib ditaati
Diterbitkan:  Dec 11, 2015 6:26 PM
Dikemaskini: 12:33 PM

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan tentang ciri-ciri pemimpin yang wajib ditaati seperti dituntut dalam Islam.

“Pemimpin yang wajib ditaati ialah pemimpin yang taat kepada titah perintah Allah, amanah, jujur, berintegriti dan bersih, serta menjauhi perkara-perkara mungkar,” katanya.

Beliau mengulas ucapan dasar presiden Umno Datuk Seri Najib Razak ( gambar ) yang menyebut umat Islam dituntut patuh dan taat kepada pemimpin.

Sementara itu, Muhyiddin juga menyentuh gesaan supaya timbalan presiden membantu presiden menjalankan tugasnya menjaga kesempurnaan parti.

Beliau berkata itulah yang dilakukannya selama ini, daripada menerajui jentera BN dalam pilihan raya, memastikan kelicinan pengurusan parti serta menangani permasalahan parti.

ADS

“Begitu juga ketika saya menjawat jawatan naib presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Amanah membantu presiden tidak pernah saya abaikan,” katanya dalam tulisan di Facebook hari ini.

Bagaimanapun, kata Muhyiddin, sebagai orang nombor dua dalam Umno, beliau juga juga bertanggungjawab kepada parti dan ahli-ahli.

“Saya banyak mendengar suara akar umbi mengenai pelbagai permasalahan yang berkait dengan kepimpinan parti.

“Maka tanggungjawab saya ialah untuk memberikan nasihat kepada presiden supaya mendengar suara ahli-ahli parti di akar umbi dan segera memperbetulkan keadaan.

“Sebaliknya saya disingkir, disisih malah dihalang daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab saya sebagai timbalan presiden,” katanya.

Pentas tak sama rata

Beliau juga membangkitkan sekatan terhadapnya bersuara dalam perhimpunan agung Umno kali ini sehingga menjadikan “pentas” dalam perhimpunan kali ini tidak sama rata.

Timbalan presiden Umno biasanya akan merasmikan persidangan sayap-sayap parti serta menggulung perbahasan di hari akhir bersama presiden.

Tradisi itu bagaimanapun ditamatkan pada tahun ini selepas Muhyiddin terus mengkritik keras Najib, terutamanya dalam isu 1MDB dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Sementara itu, menyentuh perbahasan kali ini, beliau mengingatkan semua pihak supaya berbahas dengan jujur, ikhlas dan benar.

ADS

ULASAN UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNOSaya mendengar dengan teliti ucapan dasar Presiden UMNO. Saya menghargai peringatan...

Posted by Muhyiddin Yassin on Thursday, 10 December 2015


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS