ADS
Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas hakim: Kehakiman lupa peranan lindungi perlembagaan?
Diterbitkan:  Dec 9, 2015 7:19 PM
Dikemaskini: 11:20 AM

Seorang bekas hakim Mahkamah Rayuan menyatakan kebimbangan terhadap beberapa penghakiman Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, yang menunjukkan badan kehakiman teragak-agak dalam isu-isu berkaitan kebebasan asasi.

Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membangkitkan kes penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan Kristian, kes hasutan pensyarah Azmi Sharom, kes transgender Nur Juzaili Mohd Khamis dan cabaran hudud oleh Gerakan, sebagai contoh.

“Kes-kes ini menunjukkan sikap teragak-agak oleh sebahagian mahkamah untuk mengetepikan sama ada undang-undang persekutuan atau enakmen negeri atas dasar perlembagaan.

Hishamudin berkata banyak persoalan timbul daripada kes-kes ini, seperti sama ada bidang kehakiman telah melupakan peranan sucinya sebagai pelindung perlembagaan.

Hishamudin baru bersara daripada perkhidmatan pada September lalu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS