Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Yapeim terbuka untuk disiasat berhubung dakwaan salah laku
Diterbitkan:  Nov 13, 2015 10:23 AM
Dikemaskini: 3:51 AM

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) berkata ia sedia disiasat berhubung sebarang dakwaan salah laku melibatkan badan itu, sekiranya ada salah laku berkenaan pentadbiran, pengurusan dan operasinya, kata Ketua Pengarah Yapeim Datuk Abibullah Samsudin

"Yapeim sentiasa terbuka dan akan memberi kerjasama penuh kepada mana-mana pihak yang menyiasat sekiranya ada salah laku berkenaan pentadbiran, pengurusan dan operasinya," katanya dalam kenyataan, semalam.

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan dakwaan berlaku penyalahgunaan dana yayasan itu oleh pihak tertentu.

Beliau yang juga ketua pegawai eksekutif Kumpulan Yapeim menegaskan, pihaknya sentiasa berpegang kepada prinsip syariah dan nilai integriti yang tinggi dalam urusan dan operasi.

"Malah Yapeim dikawal selia oleh anggota Lembaga Pemegang Amanah dan Jawatankuasa Syariah yang sentiasa memantau segala urusan operasinya," katanya.

Menurutnya, Yapeim diaudit oleh Jabatan Audit Negara sejak awal penubuhannya.

Sejak ditubuhkan pada 13 Oktober 1976, Yapeim memfokuskan kepada usaha melaksanakan kerja kebajikan melalui pendekatan membangunkan ekonomi Islam dengan melibatkan diri dalam sektor perniagaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS