Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Speaker tolak usul pisahkan portfolio PM, kewangan
Diterbitkan:  Nov 4, 2015 12:35 PM
Dikemaskini: 8:03 AM

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli untuk memisahkan porfolio perdana menteri dan menteri kewangan.

Keputusan dibuat dalam kamarnya hari ini.

Pandikar membuat keputusan berdasarkan Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk melantik perdana menteri dan menteri-menteri lain.

Rafizi secara sinis berkata, keputusan itu bermaksud portfolio perdana menteri dan menteri kewangan tidak akan dapat diasingkan secara sah selagi BN berkuasa.

"Selagi BN berkuasa, sebarang usaha untuk menggubal undang-undang untuk mengasingkan portfolio perdana menteri dan menteri kewangan tidak akan dibenarkan di Dewan Rakyat," kata Rafizi dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Datuk Seri Najib Razak kini memegang kedua-dua portfolio berkenaan.

Menurut pengkritik, ini memberikan Najib terlalu banyak kuasa sehingga membawa kepada krisis 1MDB.

Perdana Menteri pertama memegang portfolio kewangan sejak tahun 1998, apabila Dr Mahathir Mohamad mengambil alih portfolio itu semasa krisis kewangan Asia.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS