Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harga rokok pula naik
Diterbitkan:  Nov 3, 2015 11:00 PM
Dikemaskini: 3:25 PM

Harga pasaran rokok akan dinaikkan mulai tengah malam ini.

Kenaikan itu dibuat ekoran keputusan Putrajaya meningkatkan cukai eksais ke atas produk tembakau, lapor China Press.

Dalam kenyataan malam ini, British American Tobacco Malaysia (BATM) berkata rokok yang dihasilkan syarikat itu meningkat RM3.20 sekotak.

Kata syarikat berkenaan, peningkatan harga itu dibuat kesan daripada kenaikan cukai eksais sebanyak lebih 40 peratus.

Pengarah Urusan BATM Stefano Clini berkata industri tembakau mengalami kesan besar akibat peningkatan cukai rokok sebanyak 12 peratus hanya setahun lalu.

"Ini diikuti pula dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan sebanyak enam peratus mulai 1 April tahun ini," katanya.

Rokok jenama premium seperti Dunhill, Kent dan Benson & Hedges - sebelum ini berharga RM13.80 sekotak - menjadi RM17 mulai 4 November.

Rokok jenama Lucky Strike pula meningkat kepada RM17.50 berbanding RM14.30 sebelumnya.

Untuk rokok jenama seperti Pall Mall dan Peter Stuyvesantm harga terbaru adalah RM15.50 berbanding RM12.30 sebelum ini.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS