Daripada segi pelanggaran terhadap hak asasi manusia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah anak didik Tun Dr Mahathir Mohamad, pengkritik nombor satunya kini.
“Taktik itu cukup sistematik, undang-undang yang sudah tertulis tersedia untuk digunakan bila sampai masanya,” kata Pengarah Asia, Human Rights Watch (HRW), Brad Adams.
Beliau berkata demikian dalam majlis mengumumkan laporan terkini badan antarabangsa itu bertajuk ”Mewujudkan budaya ketakutan: Penjenayahan hak bersuara secara aman di Malaysia” di Kuala Lumpur.
Adams berkata, Mahathir mengamalkan pelanggaran hak asasi manusia sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri Malaysia.
“Mahathir bapa kepada masalah ini di Malaysia.
Dan langkahnya bangkit di khalayak umum mengaduk tentang kurangnya hak bersuasat amat tidak dapat diterima.
“Dia patut berdiam sahaja dan minta maaf atas apa yang telah dilakukannya,” katanya.
Sejak tahun lalu, Mahathir sentiasa lantang mengkritik Najib dan kontroversi sekitar 1MDB, syarikat cetusan ilham perdana menteri.
Beliau bagaimanapun akhir-akir ini membangkitkan penggunaan undang-undang seperti Akta Pencegahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) bagi mengekang pengkritik 1MDB, serta penggantungan akhbar.
Sementara itu, perunding undang-undang HRW Linda Lakhdhir berkata dapatan mereka mendapati kerajaan semakin kreatif bertindak terhadap pengkritiknya.
“Kerajaan apabila tidak dapat gunakan suatu undang-undang, mereka akan cari undang-undang lain untuk digunakan,” katanya lagi.