Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pakatan Harapan dan Pakatan Rakyat boleh wujud bersama-sama, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari ini.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, keadaan itu pernah wujud suatu ketika dulu apabila PAS bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.

Pada era 1990-an PAS berada dalam Angkatan Perpaduan Ummah dan pada masa sama Semangat 46 bekerjasama dengan DAP, Parti Bersatu Sabah dan Parti Rakyat Malaysia melalui Gagasan Rakyat.

"Ia boleh berlaku sekarang. Satu Pakatan Harapan dan satu lagi Pakatan (Rakyat) dengan PAS dan PKR.

"Kami masih bersama. Tanpa kami (PAS) tiada kerajaan (di Selangor) selepas Tan Sri Khalid Ibrahim memecat semua exco DAP dan PKR," katanya merujuk kepada menteri besar di negeri itu sebelum ini.

Takiyuddin ditemui media di parlimen hari ini.

Katanya, keadaan sama juga dihadapi DAP yang memerlukan PKR sebagai sekutu politik.

"Tengok di Pulau Pinang. Tanpa PKR bolehkah DAP mentadbir negeri?" katanya.

Pakatan Rakyat secara rasmi terkubur apabila DAP dan PAS memutuskan hubungan antara satu sama lain.

Keadaan itu dan konfik dalaman PAS kemudian membentu Parti Amanah Negara (AMANAH) yang kemudian bergabung dengan DAP dan PKR membentuk Pakatan Harapan.

Pada masa sama PAS masih menganggap kerjasama parti itu dengan PKR membuktikan Pakatan Rakyat masih wujud.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS