MCA menegaskan bahawa parti itu tidak menyokong 1MDB dengan mengundang Arul Kanda Kandasamy, presiden dan pengarah eksekutif syarikat syarikat terbeban hutang itu dalam acaranya hari ini.
“Kita tahu akar umbi parti ada banyak soalan berkaitan 1MDB untuk dibangkitkan.
“Saya harap mereka dapat jawapan melalui taklimat (Arul),” kata Timbalan Presiden MCA Wee Ka Siong ketika merasmikan forum berkaitan ekonomi Malaysia hari ini.
Arul diundang memberi taklimat berkaitan dana kekayaan negara Kementerian Kewangan dalam acara dianjurkan oleh bahagian pengajian politik MCA.
Wee melibat undangan terhadap Arul itu sebuah langkah pragmatik kerana membenarkan anggota MCA bertanya soalan tanpa had.
Sementara itu, Naib Presiden MCA Chew Mei Fun dalam ucapannya juga mempertahan undangan itu ketika berdepan kritikan media.
“Mereka tanya jika taklimat untuk anggota parti bersuara berkaitan 1MDB.
“Saya beritahu mereka, MCA bukan organ kerajaan, MCA bukan organ 1MDB, MCA adalah organ orang ramai.
“Usaha fahami masalah tidak bermaksud jadi jurucakap mereka,” kata Chew dalam ucapannya.