ADUN Rawang Gan Pei Nei menafikan wujudnya "Langkah Rawang" untuk menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang disifatkan sebagai propaganda semata-mata.
Gan berkata, fokus PKR sekarang adalah “Langkah Pekan” untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.
"Jelas proganda ini dibuat oleh pihak yang terdesak untuk lihkan perhatian terhadap krisis dalaman Umno-BN dan undi tidak percaya terhadap Najib serta skandal 1MDB.
"(Propaganda) juga untuk pecah belahkan PKR dan burukkan imej parti kita!" tulisnya di Facebook.
Blog Babab.net, mendakwa bahawa 'Langkah Rawang' bertujuan menggantikan Azmin dengan ahli terbaru berprofil tinggi PKR, Datuk Saifuddin Abdullah, sebagai Menteri Besar Selangor.
Azmin juga menafikan spekulasi itu.