Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K’jaan akan jawab ‘derma’ RM2.6 bilion di Parlimen
Diterbitkan:  Oct 20, 2015 11:48 AM
Dikemaskini: 5:38 AM

PARLIMEN Kerajaan akan menjawab soalan berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan soalan berkaitannya semasa sidang Parlimen kali ini.

Menteri di Jabatan Perdana Minsiter Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tarikh sebenar untuk tujuan itu akan ditentukan kemudian.

Dalam jawapab bertulisnya, beliau juga berkata kerajaan juga akan menjawab soalan berhubung dakwaan kehilangan bayaran AS$993,000,000 daripada 1MDB kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).

"Pertanyaan ini akan dijawab serentak bersama dengan pertanyaan lain yang mempunyai maksud yang sama pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian dalam persidangan kali ini juga," kata Azalina.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang dikemukakan kepada Najib, berhubung bagaimana sumbangan RM2.6 bilion itu dibelanjakan dan berapa baki yang tinggal.

Lim juga mahu tahu siapa penderma berkenaan dan sama ada Najib membayar cukai dan membuat deklarasi rasmi berhubung sumbangan itu.

Soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mengenai ‘derma’ dan kehilangan bayaran AS$1 bilion kepada IPIC juga menerima jawapan yang sama.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS