Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP ingatkan PKR: Usul tak percaya bukan 'main guli'

Hari pertama sidang Parlimen hari ini menyaksikan perpecahan dalam pembangkang mengenai usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini susulan arahan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mahu ahli parlimen PKR Hee Loy Sian menarik balik usulnya mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Batu Tian Chua mempertahankan Hee atas alasan wakil rakyat PKR itu mempunyai hak untuk berbuat demikian.

Ketika ditemui di lobi Parlimen, Lim berkata isu penting seumpama itu seharusnya perlu dibentangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Jika kita mahu singkirkan Perdana Menteri, ia tidak seharusnya dibuat oleh Ahli Parlimen biasa, sama juga yang berlaku di luar negara.

"Ini bukan permainan seperti main guli.

"Jika kamu mahu merendahkan kepentingan usul itu dengan main guli, silakan,’ katanya sambil menambah bahawa DAP tidak akan menjadi sebahagian daripada langkah berkenaan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS