Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM: AG, aktifkan semula petugas khas siasat 1MDB
Diterbitkan:  Oct 12, 2015 6:15 PM
Dikemaskini: 12:11 PM

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Zakaria Jaafar yang bersara hari ini mahu Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk mengaktifkan semula pasukan petugas khas bagi menyiasat 1MDB.

Berucap pada majlis persaraannya di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata badan itu sudah lama tidak bermesyuarat.

"Saya difahamkan badan petugas khas itu tidak bermesyuarat sejak Ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed pulang dari luar negara dan cuba mendapatkan maklumat tambahan bagi memperkuatkan kes mereka pada lewat Julai,” katanya.

Katanya, tindakan itu selari dengan titah Majlis Raja-raja Melayu yang mahu siasatan segera dijalankan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS