Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin pastikan kami undi sokong Sosma, kata menteri
Diterbitkan:  Oct 12, 2015 5:42 PM
Dikemaskini: 10:06 AM

Pengarah Komunikasi Strategik BN Abdul Rahman Dahlan berkata Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin bertanggung-jawab memastikan membuat semua undi Ahli Parlimen BN mengundi menyokong Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) semasa menjadi ketua whip BN.

Muhyiddin, yang dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Julai lalu, pagi ini mengeluarkan kenyataan bersama dengan beberapa pemimpin veteran BN mengutuk penahanan pemimpin Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang.

"Sosma lebih baik daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Malah, sebagai bekas Ketua Whip BN, Muhyiddin memastikan semua wakil rakyat BN termasuk ahli parlimen Semporna mengundi menyokongnya di Parlimen," kata Abdul Rahman di Twitter.

Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal turut menandatangani kenyataan bersama yang dikeluarkan pada sidang akhbar mengenai isu tangkapan berkenaan pagi ini.

Shafie juga digugurkan bersama pada rombakan kabinet Julai lalu tetapi masih adalah naib presiden Umno.

Kenyataan bersama hari ini turut ditandatangani oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik dan Tan Sri Ong Tee Keat, bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Pemimpin kanan BN itu membidas penggunaan Sosma terhadap Khairuddin dan Chang, dengan alasan bahawa akta itu seharusnya digunakan untuk membendung keganasan dan bukannya terhadap pengkritik kerajaan.

Khairuddin sebelum ditangkap mengikut Sosma membuat aduan mengenai 1MDB kepada agensi-agensi antarabangsa dengan disertai oleh peguamnya, Chang.

Abdul Rahman ( atas, kanan ) yang juga adalah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut mengingatkan Mahathir tentang bagaimana beliau menggunakan ISA semasa "pemerintahan berwarna-warni 22 tahunnya".


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS