Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam akan dapat arahan lanjut PM isu saman Ling

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata beliau akan mendapatkan arahan lanjut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak susulan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Long Sik memberi maklum balas dengan enggan memohon maaf.

Ia susulan tempoh selama tujuh hari dalam notis tuntutan yang dikeluarkan oleh firma guaman Hafarizam minggu lalu, berakhir hari ini.

"Saya akan mendapatkan arahan lanjut daripada anak guam.

"Perdana menteri di luar negara dan juga sibuk dengan persediaan Bajet yang akan dibentang pada 23 Oktober," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Najib memberi surat tuntutan kepada Ling Isnin minggu lalu ekoran desakan supaya perdana menteri meletakkan jawatan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS