ADS

Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan mahu mengadakan demonstrasi di kedutaan China di ibu negara bagi membantah kenyataan duta China yang didakwa mencampuri urusan negara ini.

Pengerusi Majlis Penasihat persatuan itu Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata oleh laporan berkaitan hal itu oleh sebuah akhbar arus perdana telah disalah petik.

“Tidak tidak, kita tidak buat macam itu (demo). Kita hanya mahu buat sidang media.

“Itu silap. Kita cakap kita akan buat sidang media, dia (media) salah petik. Kalau banyak sangat demonstrasi nanti pening kepala,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

MyMetro sebelum itu melaporkan Tunku Azwil sebagai mengumumkan sebuah demonstrasi akan diadakan di depan kedutaan China di ibu negara.

ADS

Katanya, gabungan NGO Islam akan mengadakan demonstrasi itu bagi membantah kenyataan Huang yang disifatkan tidak boleh diterima sama sekali dan tidak menghormati kedaulatan negara lain.

Wisma Putra sebelum ini memanggil Huang susulan kenyataan sehari sebelum ura-ura himpunan yang dibimbangi menyebabkan rusuhan di ibu negara sebelum ini.

Pemangku menteri luar bagaimanapun dilapor membatalkan panggilan itu yang dikatakan tidak mengikut protokol oleh timbalan menteri luar negara.

ADS

Bagaimanapun, sebuah pertemuan diadakan di pejabat pemangku menteri luar hari ini.

Dalam lawatannya di Jalan Petaling, Huang memberitahu media, China menentang sebarang bentuk keganasan, perkauman dan sikap melampau yang disasarkan terhadap kumpulan etnik tertentu.

Huang juga dilapor sebagai berkata republik itu menentang pihak yang menyebabkan keganasan untuk mengganggu ketenteraman awam.

Ia dilihat merujuk kepada kumpulan yang ingin berhimpun di Jalan Petaling pada Sabtu lalu. Perhimpunan itu bagaimanapun tidak menjadi kenyataannya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS