Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wisma Putra batal panggil duta China
Diterbitkan:  Sep 28, 2015 9:00 AM
Dikemaskini: 1:08 AM

Wisma Putra telah membatalkan untuk memanggil Duta China, Huang Huikang, dilaporkan selepas ia dibatalkan oleh pemangku Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.

Akhbar harian Sin Chew melaporkan bahawa keputusan untuk memanggil duta China itu yang dibuat oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Reezal Naina Merican, telah dibatalkan oleh Hamzah.

Hamzah merupakan timbalan menteri luar sehingga rombakan kabinet Julai lalu, di mana beliau dilantik sebagai menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan.

Kenyataan Huang semasa melawat Jalan Petaling baru-baru ini dilihat sebagai campur tangan asing, tetapi Huang menjelaskan ia hanya satu lawatan muhibah.

Sin Chew melaporkan Huang tidak menerima panggilan rasmi dari Wisma Putra, walaupun Kementerian Luar mengeluarkan kenyataan akhbar semalam untuk mengesahkan ia memanggil duta itu untuk mendapatkan penjelasan.

China Press juga memetik sumber sebagai berkata, Huang tidak akan ke Wisma Putra di Putrajaya hari ini.

Huang dijadualkan untuk menghadiri satu forum di Kuala Lumpur pagi ini.

Malaysiakini telah menghubungi Reezal dan Hamzah untuk mendapatkan respons mereka.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS