Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1MDB mulakan tender jualan tanah Pulau Indah

1Malaysia Development Bhd (1MDB) memulakan proses tender jualan tanah dengan keluasan 128.7 hektar di Pulau Indah, Selangor.

Dalam kenyataan hari ini, 1MDB berkata ia melantik Savills (M) sebagai penasihat dan menyediakan memorandum maklumat terperinci untuk pengagihan.

"Pembeli berpotensi yang mempunyai kelayakan yang sesuai dipelawa mendaftarkan minat mereka dengan Savills (M) bagi proses tender ini," katanya.

Tanah 1MDB di Pulau Indah, Mukim Klang, Selangor, itu adalah di tapak pembangunan tunggal yang besar.

Ia terletak bersebelahan Zon Bebas Pelabuhan Klang dan pembangunan industri yang lain.

Jualan tanah tersebut merupakan sebahagian daripada pelan rasionalisasi yang dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei, 2015.

Sementara itu, 1MDB juga berkata keseluruhan pelan itu berjalan lancar, dengan pembida yang disenarai pendek pada masa ini menjalankan proses kajian terperinci bagi Edra Energy dan Bandar Malaysia.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS