Peniaga Melayu sepatutnya dibenarkan menjalankan perniagaan di Jalan Petaling supaya tempat itu tidak akan dilihat sebagai 'perkauman', kata Ketua Umno bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos.
Beliau berkata, selepas pergelutan antara peserta baju merah dan polis semalam di luar tempat membeli-belah ikonik, tiba masa untuk orang Cina "berkongsi" apa yang adalah mereka miliki.
"(Pada) 10 tahun dulu, saya ada cuba memohon berniaga di Jalan Petaling tapi tak diberi tempat.
"Jadi eloknya pihak berkuasa dan (Dewan) bandaraya (Kuala Lumpur) tidak rasis. Ini yang dikatakan rasis sebab semuanya peniaga Cina. Apa salahnya tambah peniaga Melayu.
"Kita kata kita nak berkongsi. (Tapi) hak mereka tak nak kongsi. Hak kita saja (yang) kongsi," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.