Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahmad Maslan: Padang Merbok tak akan muat hari ini

Timbalan Menteri Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Ahmad Maslan yakin Padang Merbok, Kuala Lumpur tidak muat bagi menampung peserta Himpunan Rakyat Bersatu hari ini.

"Saya yakin padang ini tak akan muat dengan peserta yang hadir.

"Saya tidak dapat jangkakan, tapi apabila kumpul, nanti akan tahu jumlah yang hadir," katanya kepada pemberita di tempat lokasi.

Ahmad berkata, sekiranya perhimpunan ini tidak mendapat permit dari pihak berkuasa beliau tidak akan menyertainya.

Tambahnya lagi, perhimpunan ini dilakukan bagi menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika negara berhadapan dengan pelbagai masalah.

"Perhimpunan ini menunjukkan sokongan usaha-usaha kerajaan, tentang masalah sedang melanda termasuk kemerosotan ringgit.

"Himpunan ini bagi menunjukkan supaya masalah itu selesai pulih," katanya.

Beliau turut yakin tidak ada sebarang kekecohan akan berlaku sekiranya peserta mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Ketika laporan ini ditulis, di Padang Merbok jumlah peserta meningkat kepada 1,500 orang.

Turut kedengaran dari pentas utama melalui alat pembesar suara 'Hidup Melayu' dan disambut oleh peserta perhimpunan.

Peserta perhimpunan turut diarah mengambil nasi putih berlauk kari ayam di bawah khemah yang disediakan.

Baca laporan langsung Malaysiakini


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS