Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM heret leftenan komander TLDM ke mahkamah
Diterbitkan:  Sep 14, 2015 1:37 PM
Dikemaskini: 5:39 AM

Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), berpangkat leftenan komander, berhadapan satu lagi pertuduhan menerima barang berharga tanpa balasan bernilai RM19,000, dipercayai ada kaitan dengan urusan pembekalan barangan ke TLDM.

Leftenan Komander Khairul Izwan Mohd Khir, 37, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.

Dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Khairul Izwan menghadapi lima pertuduhan pada Rabu, 9 September di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Ipoh, Perak.

Dia antara pegawai TLDM yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Mac lalu.

Hari ini, Khairul Izwan ketika itu bertugas sebagai pegawai kawalan material 2, Depot Bekalan Armada TLDM, dituduh menerima seutas jam tangan berjenama Bell & Ross bernilai RM19,000 daripada Hussin Roslim @ Roslind.

Syarikat itu dikatakan mempunyai hubungan kerja rasmi dengan tertuduh, menurut kenyataan SPRM hari ini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 24 Mei 2013 di pusat membeli belah Pavillion, Kuala Lumpur.

Dia dituduh di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda atau dipenjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan SPRM dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ida Adha Abu Bakar.

Hakim Rosbiahanin Arifin menetapkan jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 8 Oktober 2015.

Hakim juga bersetuju kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Ipoh untuk dibicarakan bersama lima pertuduhan sebelum ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS