Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Wanita Umno hari ini turut menyuarakan kekecewaan yang amat terhadap tindakan memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib di perhimpunan BERSIH 4.

"Wanita Umno tidak akan maafkan mereka yang menghina perdana menteri dan presiden Umno yang mana pijak gambar beliau mahupun Datin Seri Rosmah (Mansor), mahupun Datuk Seri Haji Hadi (Awang), pemimpin-pemimpin kami.

"Kami tiada maaf bagimu kerana ini keterlaluan, bukan hanya melanggar undang-undang tetapi juga langgar peradaban orang Malaysia," kata ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Sharizat seterusnya menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar undang dan menghina perdana menteri.

"Pihak berkuasa tidak boleh biar perkara ini berlaku lagi. Jangan perlekeh dan menghina presiden kami," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS