Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
LGE: Pembangunan Kpg Mutiara tak akan diluluskan
Diterbitkan:  Aug 25, 2015 8:22 PM
Dikemaskini: 12:24 PM

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan meluluskan sebarang permohonan pelan pembangunan di Kampung Mutiara, Batu Feringghi, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata setakat ini pemilik tanah berkenaan belum mengemukakan permohonan untuk memajukan tanah itu.

"Kami tidak pernah meluluskan sebarang pelan pembangunan di kawasan itu dan kerajaan negeri tidak mengambil tindakan mengusir penduduk di situ," katanya kepada pemberita di George Town sini hari ini.

Semalam, kira-kira 1,000 penduduk Kampung Mutiara berkumpul membantah tindakan pemilik tanah yang mengarahkan mereka mengosongkan tanah berkenaan tanpa membuat rundingan.

Bagaimanapun hasil campur tangan Umno dan kerajaan negeri, pemilik tanah berkenaan menangguhkan tindakan itu ke satu tarikh yang akan ditetapkan oleh penduduk.

Lim berkata isu itu melibatkan tanah milik swasta dan kerajaan negeri akan terus membela penduduk di kawasan itu dan mencari jalan penyelesaian sekiranya pemilik tanah mendapatkan perintah pengusiran daripada mahkamah.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS