Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Switzerland: Perundangan baru pulang dana haram
Diterbitkan:  Aug 25, 2015 11:19 AM
Dikemaskini: 3:32 AM

Switzerland menjangka akan menerima pakai undang-undang baru pada akhir tahun ini yang akan mempercepatkan pemulangan dana haram di mana ribuan 'mereka yang terdedah dengan politik' dipercayai memegang akaun bank, kata seorang pegawai tertingginya di Berne semalam.

Pihak Berkuasa Switzerland bekerjasama dengan beberapa negara, antaranya Haiti, Mesir, Tunisia dan Ukraine, untuk memulangkan aset yang telah dibekukan berikutan pertukaran pemerintah, kata ketua Jabatan Undang-Undang Antarabangsa Persekutuan di Kementerian Luar, Valentin Zellweger.

Secara khusus, mereka sedang berusaha untuk memulangkan AS$40 juta kepada Tunisia, "sebahagian besar" daripada AS$60 juta yang terpendam di zaman bekas pemimpin Zine al-Abidine Ben Ali, kata Zellweger.

Tetapi pembunuhan pendakwaraya Mesir, telah memperlahankan kerjasama dengan Kaherah berhubung pemulangan dana yang dikaitkan dengan bekas Presiden Hosni Mubarak (foto), katanya.

Dalam tempoh 25 tahun yang lalu, Switzerland telah memulangkan AS$1.8 bilion dana haram atau yang digelapkan, yang disita dari akaun yang dipegang oleh diktator yang terdiri daripada Ferdinand Marcos (Filipina) dan Sani Abacha (Nigeria), Jean-Claude 'Bayi Doc' Duvalier (Haiti) dan Sese Seko Mobuto (Zaire).

Dalam kes-kes terkini, pihak berkuasa Switzerland bersetuju dengan permintaan AS untuk membekukan dana yang disyaki ada kaitan dengan Gulnara Karimova, anak perempuan Presiden Uzbekistan Islam Karimov, kata seorang jurucakap Pejabat Keadilan Switzerland.

Prosiding jenayah terhadap 1MDB

Karimova telah menjadi Duta Uzbekistan ke PBB di Geneva dan oleh itu wujud persoalan mengenai imuniti, kata Zellweger.

Pejabat Peguam Negara Switzerland juga telah memulakan prosiding jenayah terhadap dua eksekutif dan individu-individu yang tidak dikenali daripada 1MDB, kerana disyaki melakukan rasuah dan pengubahan wang haram.

Switzerland adalah pusat terbesar di dunia bagi kekayaan luar pesisir, dengan AS$2.4 trilion aset pada tahun 2014, demikian menurut Kumpulan Perunding Boston.

Ditanya mengenai bank-bank Swiss dan pihak berkuasa melakukan usaha yang betul untuk mengenal pasti dana yang meragukan, Zellweger berkata, "Saya pastinya tidak akan memberitahu anda kita telah gagal dalam pencegahan, tetapi yang jelas kami perlu menjadi lebih baik.

"Pencegahan bermula dengan bank. Kami perlu bekerjasama dengan bank-bank untuk lebih menyedarkan mereka terhadap bahaya menerima dana tersebut," katanya.

[Baca berita penuh/asal

- Reuters


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS