Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

DAP telah membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang dilaporkan mendakwa parti itu dibiayai oleh Yahudi.

DAP Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong (gambar), disertai oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh dan Ketua Pemuda DAP Subang Edry Faizal Eddy Yusof, membuat laporan itu di ibu pejabat Polis Dang Wangi tengah hari tadi.

Sabtu lalu, Abdul Aziz Kaprawi yang juga Ketua Umno Sri Gading, dilaporkan mendakwa RM2.6 bilion yang disumbangkan oleh orang Arab kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah untuk melawan DAP yang "dibiayai Yahudi".

Teo menafikan DAP telah menerima sebarang dana politik dari luar negeri dan mahu Abdul Aziz memohon maaf.

Teo yang juga Ketua Pemuda DAP, juga mengarahkan ahli Pemuda DAP di semua negeri supaya membuat laporan yang sama terhadap ahli parlimen Sri Gading. itu.

[Baca berita penuh/asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS