Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kami masih hormat Muhyiddin sebagai timbalan Najib'

Pemuda Umno masih menghormati Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden Umno walaupun terdapat cadangan menggantikannya dengan Datuk Seri Zahid Hamidi.

“Jawatan tak boleh dilantik. Ia dipilih (perwakilan).

“Kita buat pendirian bahawa kita masih hormati Tan Sri Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno,” kata ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Berita Harian Online semalam melaporkan hasrat Umno Keningau mencalonkan Zahid, naib presiden Umno dan timbalan perdana menteri, untuk menjawat jawatan nombor dua dalam parti itu.

Hasrat itu dinyatakan walaupun pemilihan parti 2016 ditangguhkan selama 18 bulan.

Zahid sebelum ini dipilih menggantikan Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri oleh Datuk Seri Najib Razak, sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi pro kontra di kalangan akar umbi.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS