Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini menyindir kemasukan wang derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

“Tiba-tiba ada menteri yang kata derma politik adalah normal. Lepas itu ada menteri kata lebih selamat masuk akuan peribadi daripada akaun lain.

“Lepas ini kaya-raya wakil rakyat, derma politik masuk akaun sendiri.

“SPRM ( Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ) siasat baru kata ini duit parti,” katanya kepada perwakilan Umno Kemaman dalam mesyuarat agung tahunannya.

Wang RM2.6 bilion itu yang dilapor dimasukkan dalam akaun Najib sebelum pilihan raya umum lalu dikatakan diderma dari Timur Tengah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS