Setelah lama berdiam diri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhirnya bersuara ketika nilai ringgit berada pada tahap RM4 untuk sedolar Amerika Syarikat (AS).
Najib cuba menenangkan keadaan dengan memberi jaminan untuk berusaha sedaya upaya untuk menangani masalah itu.
“Saya memberi jaminan bahawa Kerajaan akan cuba sedaya upaya untuk menangani keadaan ini dengan tujuan untuk menstabilkan keadaan ekonomi negara,” katanya.
Beliau juga mengingatkan laporan terkini Bank Negara Malaysia bahawa pertumbuhan ekonomi tetap berada pada landasan stabil dengan kadar pertumbuhan 4.9 peratus pada suku kedua 2015.
Najib mengenal pasti beberapa masalah berkaitan kejatuhan nilai ringgit, termasuk menyalahkan “spekulasi politik keterlaluan”.
- Tindakan China menurunkan mata wang Yuan menyebabkan kejatuhan mata wang negara ASEAN lain.