Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan terhadap KSN, ketua pengarah JPA
Diterbitkan:  Aug 13, 2015 6:17 PM
Dikemaskini: Aug 17, 2015 3:34 AM

Beberapa laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Zabidi Zainal telah dibuat.

Satu sumber memberitahu Malaysiakini bahawa laporan dibuat berhubung pemindahan Pengarah Operasi khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan pengarah komunikasi strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob Jumaat lepas.

"Terdapat beberapa laporan yang difailkan di bawah Seksyen 48 Akta SPRM 2009," tambah sumber itu yang tidak mahu namanya disebut.

Seksyen 48 Akta SPRM ialah berkaitan dengan kesalahan menghalang penyiasatan.

Difahamkan, laporan yang sama telah dibuat terhadap polis kerana menangkap pegawai SPRM dan merampas komputer riba mereka, serta dokumen yang berkaitan dengan siasatan SRC International Sdn Bhd, dan dakwaan pemindahan RM42 juta ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Polis menyiasat pegawai SPRM berhubung dakwaan kebocoran dokumen sulit dengan siasatan terhadap SRC.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali dalam kenyataannya petang ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa pegawai-pegawai SPRM membuat laporan itu.

“Selain tidak berasas sama sekali, SPRM berpandangan laporan seumpama ini bermotif melaga-lagakan hubungan baik antara agensi-agensi awam dan kepimpinan perkhidmatan awam Malaysia,” katanya.

Kenyataan itu dibuat sebagai reaksi terhadap laporan Malaysiakini  yang tidak sengaja menyebut bahawa laporan itu dibuat oleh pegawai SPRM sendiri. Perkara itu telah diperbetulkan.


Nota editor: Berita Malaysiakini pada mulanya menyebut laporan itu dibuat oleh pegawai SPRM. Ia bagaimanapun diperbetul kepada orang awam. SPRM menafikan laporan itu dibuat pegawainya sendiri tetapi tidak menafikan ia dibuat oleh orang awam.

[Baca berita penuh/asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS