Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ismail: Low Yat 2 tiada kaitan dengan perkauman

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan ideanya mengenai 'Low Yat 2', dengan menegaskan bahawa ia tidak ada kaitan dengan perkauman, apatah lagi dengan kekecohan di Plaza Low Yat bulan lalu.

Ruang niaga yang akan terletak di tingkat tiga bangunan ibupejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu, jelasnya, tidak akan dinamakan 'Low Yat 2'. Sebaliknya, tujuan menyebut 'Low Yat' ialah supaya orang ramai dapat menggambarkannya.

"Jika saya hanya sebut kita mahu buka tempat telekomunikasi untuk usahawan, mereka tidak boleh menggambarkannya.

"Tujuan menyebut Low Yat adalah untuk mereka menggambarkan apa yang kita akan buat," katanya sambil menambah Low Yat terkenal sebagai gedung menjual peralatan elektronik.

Oleh itu, tegas Ismail, ia tidak ada sebarang kaitan dengan perkauman atau kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat.

[Baca berita penuh/asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS