Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketika nilai ringgit Malaysia menghampiri RM4 untuk setiap AS$1, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata, keadaan semasa adalah baik untuk industri pelancongan negara.

Malah, kata beliau, hanya orang gila saja yang gagal memahami apa yang dimaksudkannya.

"Apabila nilai matawang kita lemah, adakah anda akan ke London? Di mana anda akan belanjakan wang? PD (Port Dickson), Pulau Pinang.

"Sebab itu saya kata, seseorang itu boleh dianggap gila kalau gagal memahami apa yang saya cakap," katanya.

Nazri ditemui media selepas majlis pengisytiharan Warisan Kebangsaan di Muzium Negara Kuala Lumpur hari ini

Menurut Nazri, keadaan ringgit yang lemah juga mendorong pelancong asing memelanjakan lebih banyak wang di negara ini.

"Maka (penurunan mata wang ringgit) baik untuk pelancongan, pelancongan dalam negeri," katanya.

Sebelum itu Nazri ditanya pendapatnya mengenai keadaan semasa ringgit yang ketika ini mencatat penurunan terburuk - melepasi paras RM3.93 untuk setiap AS$1 - sejak 17 tahun lalu.

Setakat 2.30 petang, laman kewangan Bloomberg menunjukkan matawang negara diniagakan pada RM3.9725 untuk setiap dolar AS.

Bernama sebelum ini melaporkan unit tempatan itu, kata peniaga, diseret turun oleh kejatuhan harga komoditi dan jangkaan rizab persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah bulan depan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS