Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Penyiasat 1MDB bertindak kerana gugup'
Diterbitkan:  Jul 23, 2015 2:00 PM
Dikemaskini: 6:08 AM

Kempen mempertikaikan siasatan kes 1MDB mendorong pasukan bertindak khas bergegas membuat tindakan dan melakukan tangkapan, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Kata Kadir, ada sumber memberitahu tangkapan berkenaan sebahagiannya dibuat kesan kempen dilakukan jentera propaganda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menulis dalam blognya, bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd itu berkata, jentera propaganda Najib yang diketuai Datuk Abdul Rahman Dahlan meningkatkan usaha mempertikaikan pengkritik perdana menteri serta menimbulkan keraguan terhadap siasatan - rasmi dan tidak rasmi - 1MDB.

"Pihak terkini yang dibabitkan dalam kempen ini ialah wartawan Sarawak yang kurang dikenali bernama Lester Melanyi dan mengaku mengetahui mengenai pemalsuan dan pengubahsuaian dokumen 1MDB oleh Sarawak Report - dakwaan yang dinafikan mereka," tulis beliau.

Pasukan petugas khas dianggotai pegawai pelbagai agensi - antara lain - menyiasat dawaan penyaluran wang bernilai hampir AS$700 juta ke akaun persendirian Najib.

Ia dilaporkan Sarawak Report dan The Wall Street Journal.

Seorang pengarah syarikat ditahan pada 20 Julai lalu dan seorang lagi - juga pengarah dan bergelar Datuk - diberkas dua hari semalam untuk membantu siasatan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS