Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dakwaan jatuh k'jaan: Polis siasat MP, bos The Edge

Polis sedang menyiasat anggota parlimen pembangkang Tony Pua dan Rafizi Ramli termasuk pemilik The Edge Media Group Tong Kooi Ong bawah seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Seorang pegawai polis kanan mengesahkan bahawa ketiga-tiga individu itu sedang disiasat berhubung dakwaan berkaitan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

"Ya, mereka sedang disiasat," katanya kepada Malaysiakini .

Beliau juga tidak menolak kemungkinan mereka akan dipanggil untuk disoal siasat atau ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya lagi, siasatan itu berkaitan dakwaan kedua-dua terlibat dalam pengubahsuaian dan pemalsuan dokumen yang berkaitan dengan 1MDB untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Dihubungi kemudiannya, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan mengulas mengenai perkara itu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS