Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Adik PM gembira dengan kenyataan BNM
Diterbitkan:  Jul 13, 2015 4:26 PM
Dikemaskini: 8:37 AM

Adik kepada perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak memuji sikap Bank Negara Malaysia yang disifatkannya cekal dalam membongkar kebenaran dalam skandal 1MDB.

Pengerusi kumpulan CIMB itu menyatakan demikian dalam satu tulisannya di Instagram.

"Bank Negara Malaysia kekal dengan pendiriannya... dan tidak akan mengkhianati kepercayaan orang awam.

"Kenyataan hebat – tepat waktu, teguh dan jelas,” kata Nazir mengulas kenyataan bank pusat itu yang menafikan bahawa tiga pegawai tinggi bank tersebut kini disiasat atas dakwaan kebocoran maklumat sensitif kepada Wall Street Journal.

Dakwaan itu dibuat oleh seorang penulis blog, Raja Petra Kamarudin.

BNM dalam kenyataannya semalam berikrar untuk membongkar kebenaran dalam skandal tersebut dengan adil dan saksama.

"Dalam menjalankan tanggungjawabnya, bank ini tidak memihak kepada mana-mana puak dan tidak akan mengkhianati kepercayaan orang awam.

 "Bank Negara Malaysia juga akan menyiasat mana-mana pelanggaran ke atas undang-undang yang ditadbirnya,” kenyataan itu dipetik.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS