Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tokoh perbankan akui silap analisis dokumen WSJ
Diterbitkan:  Jul 8, 2015 11:49 PM
Dikemaskini: Jul 9, 2015 8:11 AM

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank Badlisyah Abdul Ghani telah mengaku membuat beberapa kesilapan dalam analisisnya terhadap dokumen yang memperincikan dakwaan pemindahan hampir AS$700 juta kepada akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Saya juga ingin mengakui bahawa saya telah membuat kesilapan dalam catatan saya berkenaan dengan analisis saya ke atas pelbagai kod Swift.

"Kesilapan itu telah ditunjukkan dengan betul oleh satu laporan Malaysiakini berhubung perkara itu, dan saya juga telah membuat pembetulan pada laman Facebook saya," kata Badlisyah dalam kenyataan akhbar.

Badlisyah menambah bahawa ia adalah pandangan peribadinya yang tidak mewakili orang lain atau mana-mana organisasi.

"Ia dimaksudkan untuk kegunaan peribadi di kalangan sekumpulan rakan-rakan."

Pada mulanya, Badalisyah mendakwa Wall Street Journal "terjebak" dengan dokumen mesej Swift palsu yang membuat dakwaan terhadap Najib.

Beliau mendakwa wujud percanggahan dalam alamat penghantar serta Kod Swift bank dari mana wang itu dihantar.

Selepas disemak oleh Malaysiakini , ia mendapati kebanyakan kerja forensik Badalisyah itu tidak tepat.

Bagaimanapun, Badlisyah dengan betul menegaskan bahawa cawangan bank Wells Fargo itu sepatutnya mempunyai standard Kod Swift "PNBPUS3NNYC" dan bukannya "PNBPUS3NANYC" seperti yang disenaraikan pada dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh WSJ.

Semakan menunjukkan bahawa Kod Swift "PNBPUS3NANYC" telah digunakan oleh pendahulunya, Wachovia Bank, yang kemudiannya diambil alih oleh Wells Fargo Bank pada tahun 2008.

Semakan lanjut menunjukkan percanggahan, khususnya pada tambahan "A" pada angka kesembilan Kod Swift dalam dokumen WSJ itu, semata-mata menunjukkan terminal logik dan tidak mempunyai kaitan dengan identiti bank.

Setelah dicabar oleh penyokong Najib, WSJ mengeluarkan sembilan dokumen semalam untuk menyokong dakwaan mereka bahawa hampir AS$700 juta dipindahkan ke dalam akaun peribadinya.

[Baca berita penuh/asal]

 
 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS