Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Satu majlis perjumpaan bersama DAP di sebuah kedai kopi di Masai, Johor bertukar kecoh apabila diserang sekumpulan orang yang mahu menghalang Lim Kit Siang berucap.

Sejurus selepas acara bermula kira-kira jam 2 petang, kira-kira 50 orang menyerbu masuk ke premis berkenaan dan mula membaling beberapa objek, termasuk cawan, mangkuk plastik dan penyapu ke arah Lim.

Saksi berkata, Lim tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi nasib tidak begitu baik untuk beberapa individu yang melindungi Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Katanya, kumpulan yang menyerbu kedai itu juga menjerit pelbagai kata-kata, seperti "Balik Kit Siang", "babi", "komunis" dan "mampus".

Ada beberapa anggota polis di tempat kejadian tetapi didakwa mereka gagal mengawal keadaan.

Kekecohan itu hanya berakhir kira-kira 30 minit kemudian selepas penganjur majlis mengiringi Lim meninggalkan lokasi berkenaan.

Pada asalnya, majlis itu adalah sesi dialog DAP dengan komuniti Sabah dan Sarawak di Johor.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang turut hadir di situ berkata, dia mengenali sebahagian daripada orang yang menimbulkan kekecohan itu adalah pemimpin Umno Pasir Gudang.

 

Di bulan puasa, bulan mulia...orang UMNO bertindak gila, seperti dirasuk! Malu saya tengok...makcik2 umno yang bertudung menyalak memaki hamun dengan kata2 kesat...sungguh luar biasa! Yang lelaki...yang bersongkok tinggi, tangan dia pun tinggi...betul2 memalukan bangsa dan agama.Ni jak yg sempat saya rakamkan...

Posted by Mordi Bimol on Sunday, July 5, 2015

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS