Pesawat pengangkut tentera Indonesia dilapor terhempas di kawasan perumahan dan hotel di Medan, Sumatera, mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang.
Pegawai pasukan pencari dan penyelamat republik itu Hisar Turnip memberitahu Reuters bahawa operasi masih berjalan dan angkanya mungkin akan bertambah daripada masa ke semasa.
Jurucakap tentera Fuad Basya berkata terdapat 12 anggota, termasuk juruterbang, berada dalam pesawat jenis C-130 Hercules itu.
Pesawat Hercules milik TNI AU jatuh di Medan
http://t.co/et8ns9O2qO
#HerculesJatuh
pic.twitter.com/22ZarPQGfo
— Kompas.com (@kompascom)
June 30, 2015
Ketika laporan ini ditulis, baru lima mayat ditemui.
Saluran televisyen tempatan menyiarkan kejadian kebakaran yang menyaksikan asap hitam memenuhi kawasan nahas.
Menurut Jaringan Keselamatan Penerbangan, sudah 10 nahas maut melibatkan pesawat tentera dan polis dicatat dalam tempoh sepuluh tahun ini.