Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nasib Farah Ann: Dapat emas, dapat kecaman
Diterbitkan:  Jun 12, 2015 3:14 PM
Dikemaskini: 8:36 AM

Antara pingat emas untuk negara dan penampilan di gelanggang, sesetengah peminat nampaknya lebih tertumpu memperkatakan mengenai pakaian digunakan atlet gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi.

Farah memenangi pingat emas ketiga skuad gimnastik pada Rabu melalui kategori rutin lantai di Sukan SEA 2015 di Singapura.

Namun ketika imejnya muncul di laman sesawang Twitter, kecaman mula mencurah masuk.

Pakaian gimnastik berwarna biru tua dan hitam yang digunakan Farah, 21, semasa memenangi rutin senaman lantai mengundang pelbagai respon.

Di mata sesetengah pihak penampilan Faran Ann begitu mencolok mata atau kurang sopan.

Bagaimanapun, terdapat juga pengguna Twitter yang menyelar tindakan pihak yang mengecam Farah,  dengan mengatakan bahawa tindakan yang mengutuk pakaiannya sebagai "menyedihkan" ( pathetic ).

Antaranya, ‏@PhoebeShafinaz menulis: People, can you please acknowledge how talented and awesome Farah Ann is. She's like one of the best gymnasts I've seen so far. I'm amazed.

@CawahGwace pula berpendapat: Why orang Malaysia ni macam orang tak betul dah. Farah Ann won medals for our country and kutuk dia sebab dia tak tutup aurat?

Bagi @rosezaaa pula mempertikaikan: Farah Ann won a medal for Malaysia and the people are more interested to talk about her clothing.

@destiny_107: Farah Ann won M'sia a gold medal and all people are talking about is the way she dressed. I'm sorry, that's fuc*** pathetic.

@faliqfahmie: You can say she's a gold medallist but for me, she's a gold medal herself.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS