Sultan Johor Sultan Ibrahim membeli sebuah trak mirip Optimus Prime, watak utama siri Transformers, yang menjadi kegilaan seluruh dunia.
Trak Mack Super-Liner itu dilapor dipertunjukkan dalam persembahan Brisbane Truck Show di Australia baru-baru ini.
Austalia Motoring melaporkan trak itu pada asalnya berwarna putih namun dicat kembali kepada warna merah, biru dan putih – dipecayai sempena warna-warna dalam bendera Johor.
Ia juga memaparkan bayangan harimau selain jata rasmi Johor.
Trak itu mempunyai kelajuan 685 kuasa kuda.
Kerusi dalam trak itu dilapor menggunakan kulit diimport daripada Afrika Selatan dan dijahit menggunakan benang emas.
Pengubahsuaian itu mengambil masa tiga bulan melibatkan 30 orang pekerja.
Trak itu dilengkapi dengan set dapur kecil, dua set televisyen, dua iPad, Xbox dan termasuk juga dengan permainan Playstation 4.