Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Goreng sendiri petua elak GST Ahmad Maslan
Diterbitkan:  Jun 7, 2015 4:29 PM
Dikemaskini: 8:57 AM

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini berkongsi petua mengelakkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan caranya tersendiri.

Malah berdasarkan petua Ahmad, tanpa membayar cukai itu, pengguna boleh menikmati hidangan menarik lengkap dengan telur, ayam dan daging.

“Resipi saya dan digoreng sendiri: Sayur, telur, cili, nasi, garam, daging, bawang, ayam, minyak dan gas masak. Tiada GST!” tulis Ahmad Maslan di Twitter beliau.

Beliau juga memuat naik gambar hidangan itu sedang dimasak dan gambar selepas digoreng yang menunjukkan ia boleh dinikmati oleh lebih daripada tiga orang.

Status di laman sosial itu tertanya menarik perhatian ramai pihak dan sehingga laporan ini ditulis telah diulang tweet lebih 1,000 kali.

Bagaimanapun, lain dihajatkan, lain pula yang dapat apabila kemarahan orang ramai terhadap pengenalan cukai baru itu masih belum reda.

“Masa beli telur ni tak kena GST? Atau ambil saja telur dari seluar perdana menteri?” sindir seorang pengguna dikenali sebagai “Mameow™”

Ahmad antara ahli politik BN yang paling ke depan mempertahan dan mempromosikan pengganti cukai jualan dan perkhidmatan (SST) itu.

Beliau bagaimanapun mungkin yang paling banyak dikecam dan diperolokkan orang ramai susulan kenyataannya-kenyataannya yang dianggap bodoh.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS