Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PMO: PM tak hadir kerana arahan polis
Diterbitkan:  Jun 5, 2015 11:50 AM
Dikemaskini: 3:55 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak hadir ke majlis terus terang bersama NGO di ibu negara hari ini atas arahan dan nasihat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Hal demikian disebabkan pertimbangan isu keselamatan di lokasi.

"Ikutan arahan dan nasihat ketua polis negara, perdana menteri tidak dapat menghadiri program ini,” jelas Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Twitter.

Justeru, kata PMO, program bersama Najib yang sepatutnya berlangsung 10 pagi ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur itu terpaksa ditangguhkan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS