Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin tak hadir mesyuarat kabinet lalu
Diterbitkan:  Jun 1, 2015 5:00 PM
Dikemaskini: 10:56 AM

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak hadir dalam mesyuarat Jumaat lalu ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa memberi kata dua kepada anggota kabinetnya.

Menurut seorang pembantu Muhyiddin, timbalan perdana menteri kini sedang bercuti.

"Tugasan rasmi terakhir beliau (sebelum bercuti) ialah pada 26 Mei lalu. Sejak itu beliau bercuti dan kini berada di luar negara," katanya kepada Malaysiakini .

Pembantu Muhyiddin itu menambah, timbalan perdana menteri akan kembali esok.

Media melaporkan Najib memberitahu anggota kabinetnya supaya meletak jawatan jika tidak bersetuju dengan pendekatan diambil dalam menguruskan isu 1MDB.

Dalam beberapa majlis, Muhyiddin dilihat berselisih pendapat dengan bosnya dalam isu berkenaan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS