Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Formula Abdul Hadi: Cuma tunggu dan lihat
Diterbitkan:  May 26, 2015 2:17 PM
Dikemaskini: 8:09 AM

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, cara terbaik untuk menyelesaikan kemelut dalam Pakatan Rakyat ialah "tunggu dan lihat."

Menjawab soalan pemberita di parlimen hari ini, Abdul Hadi berkata, beliau akan "menunggu sehingga tiba masa" dan tidak menjelaskan lebih lanjut maksud kenyataan itu.

Kata Abdul Hadi, dia juga tidak boleh menjawab pertanyaan mengenai sesuatu yang belum berlaku.

Ditanya mengenai kemungkinan Pakatan akhirnya akan terbubar, Abdul Hadi berkata: "Mungkin, saya tak tahu. Mungkin akan datang. Saya tak tahu saya hidup atau tidak esok,"

Mengenai kemungkinan langkah Ahli Dewan Undangan Negeri Morib dari PAS yang berikrar mempertahankan mandat Pakatan di Selngor, Abdui Hadi sekali berkata "tidak tahu".

"(Soalan tentang) akan, akan ni saya tak tahu," katanya.

Abdul Hadi turut diminta mengulas  kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ( kiri ) yang mendakwa " hati Abdul Hadi " kini tidak lagi bersama Pakatan, sebaliknya UMNO, Ahli Parlimen Marang itu berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak mengetahui apa yang terkandung di dalam hatinya.

"Saya tak tahu hati dia (Lim). Mana kita tahu (apa yang ada) dalam hati orang," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Hadi menyatakan PAS masih menganggotai Pakatan - sekurang-kurangnya setakat ini.

Beliau juga mengaku sedang memberi tumpuan kepada pemilihan dalam muktamar yang dijadual berlangsung di Kuala Selangor dua minggu lagi.

Dalam pemilihan kali ini, Abdul Hadi akan dicabar buat pertama kali oleh bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Ahmad Awang ( kanan ).

Ketika pertembungan kumpulan proulama dan sederhana dalam PAS semakin panas, pemerhati berpendapat kumpulan Abdul Hadi dijangka akan memenangi persaingan itu nanti.

Kata Abdul Hadi lagi , beliau juga "seronok" kerana mendakwa ada "parti lain" yang turun berkempen menjelang muktamar berkenaan.

"Saya beri peluang kepada semua parti yang nak berkempen," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS