Bank Negara mengesahkan menerima laporan dari bank pusat Singapura berhubung aduan BSI Bank Ltd Singapore mengenai akaun yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, Bank Negara menerima laporan itu dari Monetary Authority of Singapore (MAS).
"Maklumat itu akan diberikan kepada agensi lain mengikut bidang kuasa Malaysia,” katanya dalam satu sidang media.
Zeti bagaimanapun enggan menamakan agensi yang menerima maklumat berkenaan untuk menjaga kerahsiaan maklumat tersebut.
"Masyarakat antarabangsa tidak akan bekerjasama dengan kita (pada masa depan) jika kita mendedahkan maklumat yang diberikan kepada kita.
"Oleh itu, (pendedahakan maklumat) akan menamatkan segala siasatan, jika kita bercakap mengenainya,” katanya.