Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa ia meminda jawapan bertulis di Parlimen mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk "mengelakkan kekeliruan".
Penjelasan itu dibuat selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak "berbohong" berhubung perkara itu.
Tambahnya, ini kerana lazimnya jawapan bertulis di Parlimen dibuat atas nama beliau berdasarkan maklumat yang diberikan oleh agensi berkenaan yang kemudiannya disemak dan diedarkan oleh para pegawai.
"Kementerian Kewangan telahpun mengambil tindakan sewajarnya agar perkara ini tidak berulang," kata kenyataan itu lagi.
Jawapan bertulis pada 10 Mac menyebut AS$1.103 bilion (RM3.6 bilion) disimpan dalam bank Singapura itu dalam bentuk wang tunai, tetapi kemudiannya menjelaskan ia adalah dalam bentuk aset.
Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah berkata , ia adalah "simpanan dalam bentuk unit".