ADS
mk-logo
Berita
Sasterawan Rahimidin Zahari meninggal dunia
Diterbitkan:  May 14, 2015 7:42 PM
Dikemaskini: 12:25 PM

Bendahari Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Rahimidin Zahari meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh di Kuala Lumpur petang tadi.

Pengerusi Pena Dr Mohamad Saleeh Rahamad berkata Allahyarham meninggal kira-kira 3.58 petang setelah koma beberapa hari selepas menjalani pembedahan pendarahan otak akibat penyakit darah tinggi.

"Jenazahnya akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kota Baharu, Kelantan dan dijangka dikebumikan esok," katanya kepada Bernama .

 

ADS

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Rahimidin Zahari yang telah kembali ke rahmatullah jam 4.00 petang tadi....

Posted by Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) on Thursday, 14 May 2015

Rahimidin, 47, turut aktif dalam bidang penulisan kreatif.

Penerima Anugerah Penghargaan Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) 2013 ini meninggalkan isteri Rosliza Zakaria, 47, serta empat orang anak berusia antara sembilan hingga 20 tahun.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS