Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Awas Tabung Haji, jangan jejas Rukun Islam'
Diterbitkan:  May 7, 2015 4:20 PM
Dikemaskini: 9:05 AM

Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM) menuntut pihak berkuasa menyiasat dakwaan transaksi meragukan Tabung Haji kerana ia boleh menjejaskan peluang umat Islam menunaikan rukun Islam.

“ABIM memandang serius perkara ini. Ia boleh menjejaskan simpanan umat Islam di Malaysia yang berhajat untuk menunaikan rukun Islam kelima (Ibadah haji).

“ABIM menuntut satu siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa seperti polis atau SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

“Siasatan ini bagi memastikan kebenaran laporan yang tersebar ini,” kata presidennya Amidi Abd Manan ( manan ).

Amidi juga berkata, jika dakwaan itu benar, ia lebih buruk daripada skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), kerana menggunakan duit tabungan bakal jemaah.

Sementara itu, ABIM juga membuat laporan polis berhubung dakwaan pembelian tanah 1Malaysia Developement Bhd (1MDD) oleh Tabung Haji dengan harga terlalu tinggi.

Lapor polis

Setiausaha agung NGO itu Muhammad Faisal Abdul Aziz ( bawah ) berkata jika benar keadaan sekarang amat membimbangkan kerana ia melibatkan transaksi “meragukan” serta boleh merugikan pendeposit.

Malah, dakwanya, ia didakwa dibuat ketika syarikat pelaburan kontroversi negara itu masih dalam siasatan jabatan audit negara.

“Justeru, saya sebagai individu pendeposit akaun Tabung Haji sejak sekian lama serta sebagai Setiausaha Agung ABIM, salah satu NGO Islam yang bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan masyarakat Islam di Malaysia, memohon pihak polis dan mana-mana pihak bertanggungjawab membuat siasatan segera dan mengambil tanggungjawab bagi laporan tersebut,” katanya.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Twitter menafikan dakwaan itu dan berkata akan mengeluarkan kenyataan rasmi secepat mungkin.

Ia merujuk kepada tulisan sebuah blog T hebenchmark0 bertarikh 5 Mei yang mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang tanah projek Tun Razak Exchange (TRX).

Blog tersebut mendakwa, ia dibeli dengan harga RM194 juta (RM2,860 sekaki persegi) RM578 juta (RM3,900 sekaki persegi) sedangkan 1MDB didakwa mendapatkannya hanya dengan kos RM90 sekaki persegi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS